Year: 2025
Type: article
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak kepimpinan terhadap keberkesanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Kepimpinan yang berkesan di dalam institusi TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelajar, penglibatan guru, dan kualiti penyampaian pendidikan.Kajian ini meneliti pelbagai pendekatan kepimpinan, termasuk kepimpinan transformasional, inovatif dan adaptif, serta bagaimana ia mempengaruhi suasana pembelajaran, motivasi pelajar dan guru, serta keberkesanan keseluruhan organisasi.Selain itu, kajian ini menekankan keperluan bagi pemimpin TVET untuk melengkapkan diri dengan kemahiran kepimpinan yang relevan dan mendalam, serta pentingnya program latihan kepimpinan berterusan untuk memastikan penyesuaian dengan perubahan teknologi dan keperluan industri kini.Dapatan kajian daripada 20 jurnal menunjukkan bahawa kepimpinan yang menyokong kolaborasi, kreativiti, dan pengembangan profesional dapat meningkatkan kualiti pendidikan TVET, seterusnya menghasilkan graduan yang berkemahiran
Authors: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Muhammad Safwan Arif, Mohd Bekri Rahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Arasinah Kamis, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: bronze
OpenAlex ID: W4413182179
