Pencapaian Muraja’ah hafazan Al-Quran pelajar TVET-Tahfiz MARA ketika menjalani latihan industri
Year: 2025
Type: article
Abstract: Program TVET-Tahfiz MARA merupakan inisiatif pendidikan tinggi dwi-pengajian yang mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan kemahiran teknikal. Namun, cabaran utama timbul apabila pelajar perlu mengekalkan konsistensi murājaʿah semasa latihan industri yang padat dan berada di luar institusi formal. Kajian ini bertujuan menjawab persoalan: (i) bagaimana pelajar melaksanakan murājaʿah sepanjang latihan industri, (ii) apakah kaedah yang digunakan, dan (iii) faktor penyokong serta penghalang yang mempengaruhi keberhasilan murājaʿah. Menggunakan reka bentuk kualitatif kajian kes, seramai enam pelajar kohort pertama TVET-Tahfiz MARA di Institut Kemahiran Mara (IKM), Lumut Perak, dipilih sebagai responden berdasarkan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen, kemudian dianalisis secara tematik berpandukan kerangka teori al-Zarnūjī. Dapatan menunjukkan bahawa keberhasilan murājaʿah dipengaruhi oleh tiga faktor saling melengkapi: (1) dimensi kerohanian dan nilai keagamaan, (2) pengurusan kendiri serta strategi pembelajaran, dan (3) sokongan sosial dan persekitaran kerja. Kajian ini menegaskan bahawa amalan murājaʿah bukan hanya bergantung pada usaha individu tetapi memerlukan sokongan ekosistem industri yang kondusif. Secara signifikan, kajian ini menyumbang kepada literatur pendidikan tahfiz dengan menghubungkan teori klasik al-Zarnūjī dengan realiti kontemporari, di samping memberi implikasi praktikal kepada MARA dalam memperkukuh kurikulum TVET-Tahfiz serta sistem pemantauan hafazan semasa latihan industri.
Authors: Mohd Nor Azmil Abdul Kadir, Miftachul Huda
Institution: Sultan Idris Education University
Language: Indonesian
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W4414034167
