Year: 2025
Type: article
Abstract: Sains memainkan peranan penting dalam kemajuan teknologi dan pembentukan tamadun manusia. Namun pendidikan sains moden cenderung bersifat sekular dan terpisah daripada nilai ketuhanan. Oleh itu, pengintegrasian konsep fiqh dalam pendidikan sains menjadi langkah strategik untuk menyatukan nilai Islam dengan pengetahuan saintifik secara seimbang dan holistik. Kajian ini mengenalpasti isu dan cabaran dalam usaha mengintegrasi konsep fiqh dalam pendidikan sains. Melalui penerapan elemen fiqh dan prinsip halalan tayyiban, pelajar bukan sahaja memahami fenomena alam secara saintifik tetapi juga mengenal kebesaran Allah SWT dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah dalam memelihara keseimbangan alam. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen secara kualitatif terhadap artikel-artikel jurnal yang membincangkan tentang pendidikan sains dan usaha pengintegrasian konsep fiqh dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini mendapati antara cabaran dalam usaha integrasi konsep fiqh ke dalam pendidikan sains adalah kekangan daripada para guru yang kurang pendedahan dan kemahiran dalam menggabungkan kedua-dua bidang ilmu ini dalam pengajaran mereka. Berdasarkan analisis yang dijalankan, kajian ini mengemukakan beberapa cadangan langkah bagi memperkukuh integrasi tersebut, termasuk penekanan terhadap elemen halal dalam kandungan pengajaran sains. Pengintegrasian ini bukan sahaja dapat meningkatkan literasi saintifik pelajar, malah menyemai kesedaran nilai-nilai Islam serta kefahaman yang lebih holistik terhadap isu-isu kontemporari berkaitan makanan dan bioteknologi.
Author: Wan Maslukma Wan Zaharudin
Institution: Sultan Idris Education University
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W4416445646
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to:
