Impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan tranformasi pengetua ke atas tingkah laku kerja guru-guru
Year: 2007
Type: conference-paper
Study design: Observational Study
Abstract: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti impak tingkah laku kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Seramai 432 orang guru dari 13 buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Johor Bahru telah dipilih sebagai subjek kajian. Alat ukur yang digunakan untuk pengumpulan data terdiri dari Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass, Minnessota Satisfaction Questionnaire (MSQ) oleh Cook, Hepworth, Wall dan Warr (1981) dan Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ) oleh Allen dan Meyer. Data-data kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menghuraikan demografi subjek kajian. Manakala statistik infrensi iaitu regresi pelbagai digunakan untuk menghuraikan impak tingkah laku kepimpinan pengetua ke atas kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Koefisien penentuan R2 yang diperolehi menunjukkan anggaran peratusan variasi pemboleh ubah bebas yang menerangkan varians pemboleh ubah bersandar. Manakala nilai Beta adalah bertujuan untuk melihat sumbangan setiap dimensi tingkah laku kepimpinan. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan tingkah laku kepimpinan transaksi dan tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Keputusan kajian lain menunjukkan kedua-dua dimensi tingkah laku kepimpinan transaksi pengetua memberi impak kepada kepuasan kerja guru-guru. Namun impak ke atas komitmen guru terhadap sekolah hanyalah dimensi mengurus secara kekecualian. Bagi tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua didapati hanya dimensi karisma sahaja yang memberi impak kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah.
Authors: Mad Shah, Ishak, Mahfar, Mastura
Language: Indonesian
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7001080311
