Year: 2021
Type: dissertation
Study design: Observational Study
Abstract: Penyelidikan ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis perlindungan sosial yang melindungi pekerja ekonomi gig di Malaysia, meninjau sejauhmana persepsi pekerja ekonomi gig terhadap keselamatan sosial di Sabah. Lantaran daripadanya, penyelidik dalam kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik terhadap 50 orang responden yang terdiri daripada pekerja ekonomi gig di Sabah. Setelah itu, data akan dipersembahkan melalui kaedah kuantatif. Sehubungan dengan tujuan kajian, hasil dapatan kajian mendapati bahawa “Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri” merupakan suatu bentuk perlindungan kepada individu di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Lantaran itu, kajian mendapati bahawa ramai yang telah mencarum di bawah Skim ini. Setelah itu, didapati juga bahawa terdapat lapan jenis perlindungan sosial yang dikenalpasti melindungi pekerja ekonomi gig di Malaysia dan faedah-faedah ini secara umumnya telah diketahui oleh kebanyakan pekerja ekonomi gig di Sabah. Sehubungan dengan itu, ramai di kalangan pekerja ekonomi gig yang menginginkan faedah perubatan, diikuti dengan faedah pendidikan dan faedah hilang upaya sementara daripada skim ini, berbanding faedah yang lainnya. Seterusnya, wujudnya persepsi pekerja ekonomi gig di mana ramai yang menginginkan sekiranya mereka meninggal dunia, warisnya akan diberikan pampasan dan sekiranya mereka meninggal dunia, waris mereka akan diberikan pampasan. Disamping itu, tidak banyak tanggapan yang mengatakan bahawa sukarnya mendapatkan faedah keselamatan sosial kerana peraturan kerja atau piawai kerja yang tidak mencukupi dalam pekerjaan ini.
Author: Nur Aisyah Kadir
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Indonesian
Topic: Labor Law and Work Dynamics
Subfield: Law
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7004918796
