Work

Pembangunan dan keberkesanan Modul Pendedahan Kerjaya terhadap kesedaran kerjaya dalam kalangan murid sekolah rendah

Year: 2023
Type: dissertation
Study design: Clinical Trial
Abstract: Pendedahan awal berkaitan maklumat kerjaya membantu untuk menerapkan konsep atau identiti kerjaya yang boleh digunakan dalam kerjaya kelak serta kesedaran tentang kerjaya perlu bermula di peringkat awal. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul motivasi yang dinamakan Modul Pendedahan Kerjaya (MPK) dan mengenal pasti kesannya terhadap kesedaran kerjaya murid sekolah rendah. Kajian eksperimen telah digunakan bertujuan untuk menentukan kesan MPK terhadap kesedaran kerjaya murid. Subjek kajian terdiri daripada 76 orang murid tahun 5 daripada sebuah sekolah di negeri Kedah yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Subjek dibahagikan kepada kumpulan rawatan (n=38) dan kumpulan kawalan (n=38). Kumpulan rawatan telah menerima rawatan menggunakan MPK sementara kumpulan kawalan mendapat bimbingan kerjaya mengikut rutin guru bimbingan dan kaunseling sekolah. Kesan kesedaran kerjaya murid dianalisis dengan membandingkan nilai skor ujian pra dan ujian pasca menggunakan Inventori Kesedaran Kerjaya (IKK). Hasil dapatan ujian-t menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan, [t(69) = 4.686, p < .05] antara skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan dengan skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan dalam ujian kesedaran kerjaya. Bagi memastikan modul MPK berkesan tanpa dipengaruhi jantina, ujian ANOVA dua hala dilakukan. Hasil ujian ANOVA [p = 0.113 ˃ 0.05] menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi antara rawatan Modul Pendedahan Kerjaya dengan jantina murid. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan modul MPK adalah berkesan dalam membantu mendedahkan dan meningkatkan kesedaran murid sekolah rendah berkaitan pengetahuan asas tentang kerjaya. Implikasi praktikal kajian ini mendapati modul MPK boleh digunakan sebagai satu bahan bimbingan alternatif untuk pendidikan kerjaya kepada murid.
Language: Malay
Field: Psychology
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7004983929
Cites: 120
Cited by:
Related to: 10