Siswa Bistari: Setapak ke dunia keusahawanan / Ros Hasri Ahmad, Sharul Effendy Janudin dan Noor Azrin Zainuddin
Year: 2007
Type: article
Abstract: Siswa Bistari merupakan program perintis dalam usaha untuk membudayakan semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah usahasama di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor, Johor Corporation dan Bistari Johor Berhad. Ia merupakan satu usaha penting bagi menjana dan membangunkan golongan generasi baru usahawan. Ini adalah kerana golongan siswazah merupakan kumpulan yang paling berpotensi dibangunkan menjadi usahawan kelas menengah yang berkebolehan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan ekonomi negara. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk dan menerap budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa melalui pendedahan kepada pengalaman praktikal perniagaan semasa di kampus. Pendedahan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan para siswazah yang berkeupayaan untuk menjadi usahawan yang berpengetahuan, bermaklumat dan bersedia untuk menghadapi persaingan dalam dunia perniagaan. Melalui program ini diharapkan dapat menarik minat lebih ramai mahasiswa Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan di masa hadapan.
Language: Indonesian
Subfield: Management of Technology and Innovation
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7033795547
