Krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi GIG semasa Pandemik Covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah
Year: 2021
Type: dissertation
Abstract: Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi gig semasa pandemik COVID-19 di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini dijalankan kerana berlaku peningkatan kadar pengangguran terutamanya dalam kalangan belia di Sabah sepanjang pandemik COVID-19 berlaku. Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti faktor pengangguran belia menceburi ekonomi gig, bentuk-bentuk ketaksamarataan sebelum dan semasa menganggur, serta inisiatif belia dan tindak balas kerajaan bagi mengatasi pengangguran tersebut. Seramai enam informan dipilih dan ditemu bual. Bagi memperoleh data, kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual bagi menjana data dan maklumat yang telah dianalisis. Berdasarkan analisis dapatan kajian, faktor ketidakteguhan kondisi pekerjaan, pasaran kerja, pandemik COVID-19, dan individu telah mempengaruhi pengangguran dialami informan. Manakala bentuk ketaksamarataan kelas sosial utama yang banyak dialami sebelum dan semasa menganggur adalah pemerolehan pendapatan. Bagi mengatasi pengangguran pula, belia cenderung fokus kepada pengembangan kemahiran dan kerjaya, serta bersuara bagi mengatasi pengangguran dialami. Manakala pihak kerajaan bertindak balas dengan melaksanakan program kemahiran dan kerjaya dalam membendung masalah tersebut.
Author: Nurul Hafiza Labin
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Indonesian
Subfield: Economics and Econometrics
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7038618098
