Year: 2014
Type: conference-paper
Abstract: Kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana gaya hidup budaya masyarakat \nbandar menerusi eksplorasi penggunaan imej, teks dan bahan berdasarkan prinsip \nkonsumerisme melalui penghasilan karya seni. Bagi memahami budaya hidup atau \ngaya hidup adalah penting dengan memahami kelakuan sesuatu golongan tersebut. \nGaya hidup masyarakat bandar adalah dipengaruhi oleh budaya sosial institusi yang \nditegakkan disekitarnya. Ini boleh dikenalpasti melalui budaya materialisme dan \nkonsumerisme pengguna yang dilihat berperanan dalam pembentukan gaya hidup \nsesebuah masyarakat di bandar. Tambahan pula segala kegiatan di dalam bandar ini \nsamada dari dan aspek masyarakat, prasarana atau infrastruktur yang merangkumi \naspek perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan saling berkait serta dianggap \nsebagai nadi pertumbuhan sesebuah bandar. Situasi ini memberi impak ke atas budaya \nkonsumerisme masyarakat bandar dan seterusnya melahirkan nilai dan kepercayaan \nyang tersendiri. Persekitaran bandar secara langsung boleh memberi impak terhadap \ngaya fikir dan tingkah laku masyarakat di dalamnya. Melalui pendekatan kajian yang \nbersifat diskriptif pemahaman terhadap penghasilan karya yang menggunakan \npendekatan materialisme dan konsumerisme dirujuk bagi menjelaskan konteks kajian \nyang dijalankan. Dengan berpandukan kepada beberapa karya seni yang berkaitan, \nkajian ini akan memberi penjelasan lebih lanjut untuk memahami bagaimana \npenghasilan sesuatu karya seni dan hubungannya dengan persekitaran semasa
Authors: Saat, Mohammad Khizal, Shaari, Shahrul Anuar
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: Indonesian
Topic: Public Spaces through Art
Subfield: Urban Studies
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7055192854
