Faktor dan implikasi burnout di kalangan jururawat di Hospital Tuaran semasa krisis pandemik Covid-19
Year: 2021
Type: dissertation
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor burnout dan menganalisis implikasi dan tahap burnout dalam kalangan jururawat di kalangan Jururawat di Hospital Tuaran semasa krisis pandemik COVID-19. Dimana, seramai 40 orang responden telah dipilih secara rawak daripada kalangan jururawat di Hospital Tuaran. Kajian ini telah menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden kajian. Data yang telah diprolehi telah dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS 27). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor yang mempengaruhi burnout dalam kalangan jururawat semasa pandemik COVID-19 ini ialah lebih kepada faktor keluarga. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa burnout yang dihadapi oleh jururawat di hospital Tuaran telah memberi implikasi kepada kehidupan peribadi mereka. Dalam masa yang sama, didapati bahawa tahap burnout jururawat di hospital Tuaran semasa pandemik COVID-19 ini berada di tahap yang tinggi.
Author: Siti Nurchaya Abdulani
Language: Malay
Field: Medicine
Domain: Health Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7056633080
