Year: 2020
Type: book
Abstract: Kunci utama dalam membina sumber manusia yang berkualiti dan lestari adalah melalui sebuah sistem pendidikan yang baik. Sebuah sistem pendidikan yang baik mestilah \nmemiliki ciri-ciri seperti inklusif dan kualiti pendidikan yang saksama serta mempromosikan pembelajaran yang melangkaui kumpulan umur sasaran biasa dan menjangkaui ruang serta kerangka masa yang ditetapkan (Sustainable Development Goal 4). Berdasarkan piawaian tersebut, kita percaya bahawa sistem pendidikan pemulihan seperti pusat pemulihan tidak seharusnya dipisahkan dan ditinggalkan dalam memikirkan tentang pendidikan yang mampan. Kajian ini merupakan satu usaha penerokaan awal bagi memahami pengalaman serta cabaran yang dihadapi dari perspektif pesalah juvana Malaysia dalam meneruskan pendidikan sewaktu menjalani hukuman tahanan di pusat pemulihan.
Authors: Kuthoos, Haja Mydin Abdul, Endut, Noraida, Azmawati, Azman Azwan, Selamat, Nor Hafizah, Hashim, Intan Hashimah Mohd
Language: Indonesian
Subfield: Law
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7061337638
