Anak autisme: terapi dan sokongan edisi kedua / Sakinah Idris, Shafiah Rosli and Aisyah Amirah Hamdan
Year: 2025
Type: book
Abstract: Anak Autisme: Terapi dan Sokongan Edisi Kedua adalah buku yang dihasilkan bersama-sama tiga orang terapis yang mahir dan berpengalaman dalam tiga bidang yang berbeza iaitu psikologi, bahasa dan pertuturan serta cara kerja. Edisi kedua ini membawa pembaca mengenali kriteria diagnostik gangguan spektrum autisme menggunakan The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5). Antara aspek penting yang dihuraikan dalam buku ini adalah berkaitan dengan intervensi tingkah laku, komunikasi serta cara kerja, selain mengetengahkan dua kajian kes yang melibatkan penilaian dan terapi sebagai panduan pembaca. Penulis berharap Anak Autisme: Terapi dan Sokongan Edisi Kedua dapat memberi panduan mengenai penjagaan anak autisme secara menyeluruh kepada ibu bapa, guru-guru, ahli profesional, dan masyarakat umum.
Authors: Idris, Sakinah, Rosli, Shafiah, Hamdan, Aisyah Amirah
Institution: Universiti Teknologi MARA
Language: English
Subfield: Cognitive Neuroscience
Field: Neuroscience
Domain: Life Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7111732957
