Work

Empat teknologi asas yang harus dikuasai oleh akauntan pada era digitalisasi

Year: 2024
Type: article
Abstract: Pada era digitalisasi perubahan pesat yang berlaku pada dunia perniagaan telah mengubah peranan akauntan dari hanya sebagai pencatat rekod perakaunan kepada pemberi nilai tambah kepada perniagaan. Kata kunci seperti mata wang digital (bitcoin), rantaian blok teknologi (blockchain), pembelajaran mesin (machine learning) dan kecerdasan buatan (artificial inteligence) telah merubah landskap dunia perniagaan. Realitinya, dengan perkembangan teknologi ini secara langsung dapat membantu para akauntan untuk memberi nilai tambah kepada dunia perniagaan. Jika kita berbincang mengenai teknologi pada hari ini, bukan bererti para akauntan hanya perlu memuat turun resit jualan daripada sistem titik jualan (Point of Sales (POS)) dan mengeksport dan memanipulasi data supaya boleh dimasukkan dalam perisian perakaunan. Melalui perkembangan teknologi semasa, kerja-kerja seperti yang dinyatakan di atas boleh dilakukan secara automasi. Jadi, sudah tiba masanya untuk para akauntan mula memikirkan cara terbaik dalam menggunakan alatan teknologi bagi mengoptimumkan penggunaan data raya dan seterusnya meningkatkan rantaian nilai dengan menyediakan khidmat nasihat sebagai pemberi tambah. Berikut ialah empat teknologi yang harus dikuasai oleh para akauntan pada era digital.
Authors: Abdul Rahman, Samsuria, Mat Jusoh, Yusri Huzaimi
Language: English
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7112589502
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: