Work

Konsep Untung Patut dari Perspektif Kewangan Islam

Year: 2025
Type: article
Abstract: Trading is a daily human activity aimed at fulfilling basic needs, providing comfort, and generating income through profits. Islam does not prohibit this activity; in fact, according to al-Jarjawi, trading falls under the category of collective obligation (fardu kifayah) as it serves the essential needs of society. Islam does not restrict sellers from gaining profit from their sales, nor does it rigidly stipulate or impose a specific ceiling on the level of profit attained. However, at the same time, Islam emphasizes that profit must be free from any elements of deception. The objective of this study is to discuss the concept of reasonable profit in determining profit margins within Islamic finance. The methodology used is qualitative design with library research through references to theses, journals, newspapers, and scholarly books relevant to the topic. The findings indicate that the concept of fair profit should serve as a benchmark for Muslim producers and sellers in ensuring a healthy market norm and fulfilling consumer needs. This is evident in situations where essential goods become unaffordable for consumers, thereby necessitating government intervention to restore the balance between demand and supply, while preventing projects ready for sale from being abandoned due to consumers’ inability to purchase. Jual beli merupakan satu aktiviti kehidupan seharian manusia yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas, keselesaan malah mencari pendapatan melalui keuntungan yang diperolehi. Islam tidak menghalang aktiviti jual beli ini, malah menurut al-Jarjawi bahawa jual beli termasuk dalam konteks fardu kifayah kerana ia memenuhi keperluan manusia. Islam tidak menghalang penjual daripada mengaut keuntungan daripada jualan tersebut. Malah, Islam juga tidak menetapkan secara rigid atau had bagi kadar keuntungan tertentu yang dicapai. Namun dalam masa yang sama Islam tetap menekankan bahawa keuntungan yang diperolehi mestilah tidak mempunyai unsur-unsur palsu. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep untung patut dalam menentukan kadar keuntungan jualan mengikut kewangan Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan merujuk kepada tesis, jurnal, akhbar dan juga buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan kajian yang dijalankan, konsep untung patut seharusnya menjadi penanda aras kepada pengeluar atau penjual Islam bagi memastikan norma pasaran yang baik dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Ini terbukti apabila terdapat keperluan asas yang menyebabkan pelanggan tidak mampu, maka kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan keseimbangan semula permintaan dan penawaran serta mengelakkan projek yang sedia untuk dijual dan tidak terbiar kerana kemampuan pelanggan untuk membeli.
Language: English
Subfield: Accounting
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W7116698100
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: