Work

Pembangunan E-Modul Interaktif bagi Topik Pola Asas Pakaian bagi Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian

Year: 2025
Type: article
Abstract: Kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah e-modul interaktif bagi topik pola asas pakaian bagi kursus fesyen dan pembuatan pakaian serta menilai kesahan dan kebolehgunaannya. Masalah utama yang dikenalpasti dalam membangunkan e-modul ini adalah perkembangan teknologi pada masa kini iaitu industrial revolution (IR 4.0) dan tenaga pengajar masih menggunakan teknik tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan, membangunkan, menilai kesahan dan menilai kebolehgunaan bagi bahan bantu mengajar interaktif bagi topik pola asas pakaian bagi kursus fesyen dan pembuatan pakaian. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kuantitatif dengan cara menganalisis dokumen melalui kajian-kajian lepas dan ia melibatkan 3 orang pakar untuk mengesahkan e-modul yang telah dibangunkan dengan menggunakan cara temubual berstruktur serta borang rubrik. Kajian ini juga telah menggunakan model ADDIE yang melibatkan lima fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan wujudnya e-modul interaktif bagi topik pola asas pakaian bagi kursus fesyen dan pembuatan pakaian ini dapat memberi impak positif kepada pelajar dan tenaga pengajar. E-modul interaktif ini juga tidak hanya memanfaatkan teknologi secara maksimal tetapi juga menyokong perkembangan kemahiran kendiri pelajar dalam era globalisasi. Kesimpulannya, pembangunan bahan bantu mengajar (BBM) interaktif ini telah menunjukkan tahap kesahan yang baik serta kebolehgunaan yang tinggi serta dapat meningkatkan tahap visualisasi dan pemahaman mereka terhadap asas pembinaan pola pakaian di samping menambah minat untuk terus mendalami bidang ini
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W7116885486
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: