Tahap pengetahuan mahasiswa jurusan Sains Politik terhadap istilah diplomasi dalam Bahasa Melayu
Year: 2025
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Urusan diplomatik kini melibatkan rakyat yang ingin mengetahui perkembangan hubungan Malaysia dengan negara lain serta isu-isu antarabangsa. Kerajaan sering mengeluarkan kenyataan rasmi dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ke pelbagai medium. Istilah-istilah diplomatik mesti diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa Melayu untuk pemahaman rakyat. Objektif pertama kajian ini ialah mengenal pasti istilah-istilah diplomasi dalam bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga ingin menganalisis tahap pengetahuan pelajar jurusan Sains Politik terhadap istilah diplomasi dalam bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah campuran yang terdiri daripada kaedahkualitatif dan kuantitatif. Borang soal selidik digunakan dalam kajian dan disebarkan secara dalam talian kepada para responden. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan para pelajar terhadap istilah diplomasi dalam bahasa Melayu pada tahap yang sederhana. Hal ini demikian kerana, penggunaan istilah-istilah ini amat terhad dan sering digunakan dalam situasi formal. Oleh itu, pendedahan istilah ini dalam bahasa Melayu tidak begitu meluas dalam kalangan rakyat serta perlu diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat.
Institution: International Islamic University Malaysia
Language: English
Subfield: Language and Linguistics
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7118059822
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to:
