Bahasa Ibunda Dan Kecerdasan Buatan Agen Transformasi Prasetia Keusahawanan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Year: 2026
Type: article
Abstract: Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang penyelidikan pendidikan telah menjadi subjek perbincangan yang semakin penting dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, terutama dalam konteks pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Penyelidikan kualitatif ini bertujuan untuk meneroka prasetia keusahawanan mahasiswa Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengambil kursus Bahasa Melayu Kerjaya Perniagaan. Teknologi AI, NVivo 14, telah digunakan untuk mengukur prasetia keusahawanan. Sembilan pelajar telah ditemu bual. Empat dimensi tema prasetia keusahawanan, iaitu tema motivasi, tema jaringan sokongan, tema pengaruh bahasa Ibunda dan tema prasetia keusahawanan digunakan untuk mengukur prasetia keusahawanan yang wujud dalam diri mahasiswa Malaysia, UIAM. Dapatan daripada temu bual bersama-sama sembilan informan menunjukkan empat tema tersebut secara positif dan signifikan mempengaruhi psikologi mereka terhadap prasetia keusahawanan. Informan lelaki lebih bermotivasi terhadap prasetia keusahawanan berbanding informan perempuan. Pengaruh jaringan sokongan lebih kuat mempengaruhi informan perempuan berbanding informan lelaki. Faktor mediator bahasa Ibunda lebih mempengaruhi informan perempuan berbanding lelaki. Sementara informan perempuan lebih cenderung terhadap prasetia keusahawanan. Kesimpulannya, penggunaan AI, Nvivo 14 sangat berkesan bagi mengukur prasetia keusahawanan dalam kalangan mahasiswa Malaysia di UIAM untuk memupuk minat dalam kerjaya keusahawanan dan sekali gus akan mencipta kerjaya sendiri bagi mengecilkan jurang pengangguran serta meningkatkan ekonomi mereka dan dalam masa yang sama menyokong dasar keusahawanan negara.
Source: Jurnal e-Bangi/e-Bangi
Author: Mohd Senu Awang
Institution: International Islamic University Malaysia
Language: Indonesian
Subfield: Management of Technology and Innovation
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: bronze
OpenAlex ID: W7132825762
