Year: 2018
Type: article
Abstract: Iklim dan budaya sekolah merupakan antara unsur penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kedua-dua konsep ini penting dalam meningkatkan kemenjadian pelajar. Walaubagaimana pun, sering berlaku polemik antara fahaman budaya dan iklim sekolah dalam kalangan pendidik. Justeru, kertas ini bertujuan untuk meninjau konsep iklim dan budaya sekolah serta keberkesanannya dalam meningkatkan kemenjadian pelajar. Bagi tujuan tersebut, telah dilakukan kajian literatur yang berfokuskan kepada pengamatan terhadap kajian terdahulu. Dapatan menunjukkan bahawa prestasi kemenjadian pelajar secara keseluruhannya dapat dicapai dengan pelaksanaan iklim sekolah yang berkesan dari perspektif timur dan barat. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah untuk menilai serta mencorak iklim dan budaya yang bersesuaian berdasarkan falsafah pendidikan Negara.
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7155302413
