Year: 2025
Type: article
Abstract: Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program "Inbound International Webinar on Polymer Chemistry" yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Gunaan dari Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Program secara hibrid selama dua hari ini telah berlangsung dari 8 hingga 9 September 2025 dengan penglibatan seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, dan staf sokongan. Objektif utama penganjuran adalah untuk memperkukuh pemahaman peserta terhadap bidang kimia polimer melalui pendekatan teori dan amali, di samping membuka ruang kolaborasi akademik di peringkat global. Pengisian program merangkumi sesi perkongsian perkembangan terkini sains polimer dan pemprosesan mesra alam oleh pakar jemputan antarabangsa dari Tokyo Metropolitan University, Jepun, serta sesi amali bertemakan "Smart Gels for a Sustainable Future". Inisiatif ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kemahiran praktikal peserta dalam penyediaan gel polimer, malah menjadi platform strategik bagi memperkukuh jaringan penyelidikan antarabangsa yang relevan dengan cabaran kelestarian semasa.
Author: Awang, Nor Wahida
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7166268359
