Work

Keberkesanan Program Kesedaran Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional: Kajian Pra-pasca Di Kv Ampangan

Year: 2026
Type: article
Study design: Clinical Trial
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program kesedaran kesihatan mental yang dilaksanakan melalui kempen pameran dan ceramah dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Ampangan (KV Ampangan). Reka bentuk kajian pra dan pasca digunakan dengan melibatkan 296 orang pelajar pada peringkat ujian pra, manakala 88 orang pelajar dipadankan sebagai sampel pada peringkat ujian pasca. Instrumen soal selidik mengukur empat domain utama, iaitu pendedahan media, pengetahuan, sikap dan kesedaran terhadap kesihatan mental. Analisis Ujian Wilcoxon Signed-Rank digunakan untuk membandingkan skor sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan bagi keempat-empat domain, iaitu pendedahan media (20.92 kepada 22.22, p < .05), pengetahuan (29.38 kepada 30.78, p < .001), sikap (28.19 kepada 29.61, p < .01) dan kesedaran (17.40 kepada 19.40, p < .001). Peningkatan paling ketara dicatatkan dalam domain kesedaran dan pengetahuan, menunjukkan bahawa program intervensi singkat berupaya mengubah persepsi serta meningkatkan literasi kesihatan mental dalam kalangan pelajar vokasional. Kajian ini memperkukuh kepentingan pelaksanaan program pendidikan kesihatan mental yang berstruktur di institusi TVET di Malaysia.
Language: Malay
Field: Medicine
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7168388597
FWCI:
Cites: 8
Cited by:
Related to: 10