Work

Tinjauan Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan oleh Staf Profesional Uitm Cawangan Sabah

Year: 2025
Type: article
Abstract: Zakat pendapatan merupakan kewajipan zakat yang dikenakan ke atas hasil pendapatan individu, termasuk gaji, bonus, elaun, komisen serta pendapatan profesional seperti bayaran perkhidmatan atau konsultasi. Golongan profesional tergolong dalam kumpulan yang berkemampuan dan lazimnya memenuhi syarat wajib zakat apabila cukup nisab dan haul, sebagaimana ditetapkan oleh syarak. Kajian ini bertujuan meninjau tahap kefahaman, kesedaran dan kepatuhan terhadap kewajipan zakat pendapatan dalam kalangan staf profesional di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada perancangan strategi dan pemantapan pelaksanaan zakat pendapatan dalam kalangan profesional di institusi pendidikan tinggi. Kata Kunci : Zakat Pendapatan, Staf Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, UiTM
Language: English
Subfield: Accounting
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7169697404
FWCI:
Cites: 7
Cited by:
Related to: 10