Work

Penggunaan ArchTech E-Notes Sebagai Bahan PdP Program Teknologi Senibina di Kolej Komuniti Arau

Year: 2025
Type: article
Abstract: Kertas konsep ini membincangkan keperluan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang fleksibel dan mesra teknologi dalam era digitalisasi pendidikan. ArchTech E-Notes merupakan koleksi e-buku digital yang disusun berdasarkan kurikulum Program Teknologi Senibina di Kolej Komuniti Arau dan kini dicadangkan untuk digunakan secara rasmi dalam PdP di program tersebut. Kertas konsep ini mengupas secara mendalam justifikasi penggunaan ArchTech E-Notes sebagai alternatif kepada bahan nota bercetak, menggariskan kelebihan serta potensi keberkesanannya, mencadangkan pendekatan pelaksanaan dan pengukuran impaknya. Kajian literatur serta pemerhatian awal menunjukkan bahawa e-buku mampu meningkatkan akses bahan pengajaran, menyokong pembelajaran kendiri serta bersifat kompetitif dalam konteks pendidikan teknikal. Cadangan ini sejajar dengan usaha digitalisasi pendidikan TVET melalui sumber digital yang mudah diakses, interaktif, dan relevan dengan keperluan semasa pelajar senibina di Kolej Komuniti Arau.
Institution: Kolej Komuniti Arau
Language: English
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7215354665
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10