Work

Keberkesanan Interaksi Manusia-AI dalam Membuat Keputusan di Tempat Kerja: Satu Kajian Empirikal

Year: 2025
Type: article
Study design: Study Protocol
Abstract: Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi komponen penting dalam menyokong proses membuat keputusan harian di tempat kerja, khususnya dalam persekitaran digital yang memerlukan ketepatan, kecekapan dan respons pantas terhadap maklumat. Walaupun AI mampu mengoptimumkan tugasan rutin dan membantu dalam penganalisisan data berskala besar, tahap kebergantungan, kefahaman, dan kepercayaan pengguna terhadap sistem AI masih belum difahami secara menyeluruh. Dalam banyak kes, pengguna menerima atau menolak cadangan AI tanpa benar-benar memahami rasional di sebalik keputusan tersebut. Fenomena ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana AI boleh diterima sebagai rakan kolaboratif dalam membuat keputusan yang lebih bermakna dan bertanggungjawab. Kertas konsep ini mencadangkan satu kajian kuantitatif yang bertujuan untuk: (i) Mengenal pasti bentuk interaksi dan corak kebergantungan pengguna terhadap sistem AI di tempat kerja, (ii) Mengukur tahap kepercayaan, kefahaman dan keberkesanan keputusan pengguna terhadap saranan AI, dan (iii) Menganalisis hubungan antara kepercayaan, kefahaman serta keberkesanan keputusan terhadap tahap penerimaan teknologi AI. Kajian ini akan menggunakan soal selidik berstruktur dan dapatannya dianalisis serta melibatkan sekurang-kurangnya 100 responden profesional dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Utara, Malaysia. Data akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi linear. Hasil yang dijangka daripada kajian ini akan dapat memberi kepada pembangunan kerangka konseptual kolaborasi manusia-AI yang lebih telus, etikal dan praktikal, serta menjadi panduan kepada organisasi dan pembuat dasar dalam merangka strategi pelaksanaan teknologi AI yang seimbang dan berfokuskan manusia.
Institution: Kolej Komuniti Arau
Language: English
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7215407018
FWCI: 0.281
Cites: 10
Cited by: 1
Related to: 10