Kerangka Kajian Kualiti Pembelajaran Pelajar dalam Subjek Programming Fundamentals melalui Penggunaan Alat Kecerdasan Buatan (AI): Pemahaman atau Peniruan
Year: 2025
Type: article
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menilai impak penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) terhadap kualiti pembelajaran pelajar dalam subjek Programming Fundamentals, khususnya dalam kalangan pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Arau. Dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen, kajian ini menilai perubahan skor pencapaian sebelum dan selepas penggunaan AI serta meneliti tahap pemahaman pelajar melalui soal selidik. Dalam kajian ini, AI merujuk kepada penggunaan alat generatif seperti ChatGPT, GitHub Copilot, dan Bing AI yang sering digunakan oleh pelajar secara percuma untuk menjana kod dan mendapatkan penjelasan terhadap konsep pengaturcaraan. Sorotan literatur menunjukkan bahawa penggunaan AI secara aktif mampu meningkatkan kefahaman pelajar, manakala penggunaan secara pasif cenderung kepada peniruan semata-mata. Kajian ini mengisi jurang penyelidikan terdahulu yang kurang memberi perhatian kepada corak penggunaan AI serta impaknya terhadap pembelajaran pengaturcaraan asas. Dapatan kajian dijangka memberi implikasi penting kepada pedagogi TVET, dasar pendidikan serta strategi penilaian masa depan.
Institution: Kolej Komuniti Arau
Language: English
Subfield: Computer Science Applications
Field: Computer Science
Domain: Physical Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7215414937
