Work

Konsep Terapi Seni Islam Sebagai Pendekatan Alternatif Dalam Menyokong Kesihatan Mental Remaja

Year: 2026
Type: article
Abstract: Kesihatan mental remaja semakin menjadi isu yang membimbangkan di seluruh dunia termasuk dalam negara majoriti Muslim seperti Malaysia. Peningkatan kadar stres, kebimbangan, kemurungan, dan tekanan psikososial dalam kalangan remaja menuntut pendekatan intervensi yang lebih holistik. Walaupun pendekatan psikoterapi Barat terbukti berkesan dalam menangani gangguan mental, kebanyakan intervensi tersebut kurang menitikberatkan dimensi agama dan spiritual yang merupakan elemen penting dalam kehidupan remaja Muslim. Artikel konseptual ini membincangkan konsep Terapi Seni Islam sebagai pendekatan alternatif dan pelengkap dalam menyokong kesihatan mental remaja Muslim dan menghuraikan bagaimana integrasi seni visual Islam seperti geometri Islam, kaligrafi, refleksi al-Quran, dan elemen tazkiyah al-nafs dapat membantu regulasi emosi, kesedaran kendiri, kesejahteraan psikologi, dan pembangunan spiritual remaja. Perbincangan turut menghubungkan pendekatan ini dengan epistemologi Imam al-Ghazali yang menekankan pembangunan jiwa melalui dimensi sensori,imaginasi, intelektual, intuitif, dan spiritual. Selain itu, artikel ini turut membincangkan implikasi Terapi Seni Islam dalam konteks sekolah, komuniti, dan pembangunan kesejahteraan mental remaja sekali gus mencadangkan bahawa Terapi Seni Islam berpotensi menjadi pendekatan intervensi yang lebih relevan dan berpotensi menyokong pembangunan intervensi kesihatan mental remaja Muslim yang berteraskan psikospiritual Islam.
Language: Indonesian
Field: Psychology
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7216505013
FWCI:
Cites: 10
Cited by:
Related to: 10