Work

Hubungan Antara Latihan Dalam Perkhidmatan Dan Efikasi Kendiri Guru Relationship Between In-service Training and Teacher Self-efficacy

Year: 2024
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap latihan dalam perkhidmatan, tahap efikasi kendiri guru dan hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik merupakan instrumen utama kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 212 orang guru yang dipilih secara rawak dari tujuh buah sekolah menengah di Daerah Sungai Siput (U), Perak. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif min dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap keperluan latihan dalam perkhidmatan guru adalah sederhana manakala tahap efikasi kendiri guru adalah tinggi. Dapatan kajian menujukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara latihan dalam perkhidmatan dengan efikasi kendiri guru. Implikasi kajian menunjukkan latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan meningkatkan efikasi kendiri guru.
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7217193517
FWCI:
Cites: 6
Cited by:
Related to: 10