Year: 2026
Type: article
Abstract: Kajian ini meneroka pengamalan pentaksiran berterusan yang berfungsi sebagai proses pengumpulan maklumat sistematik merangkumi gabungan pentaksiran formatif dan sumatif bagi memantau kemajuan murid secara holistik dan menambaikan strategi pengajaran. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti tahap pemahaman serta cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan pentaksiran formatif dan autentik bagi menyokong perkembangan kompetensi murid secara menyeluruh. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jurang pelaksanaan dan bentuk bimbingan yang diperlukan oleh tenaga pengajar bagi memastikan amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) berkesan. Kaedah penyelidikan kualititaif yang diaplikasikan menfokuskan kepada analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa peralihan daripada sistem berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran alternatif ini membolehkan kemahiran murid dinilai merangkumi domain kognitif, afektif, dan psikomotor melalui pelbagai instrumen seperti projek, pemerhatian, dan penyelesaian masalah. Kajian ini turut menekankan kepentingan kolaborasi antara pendidik, pembuat dasar, dan pembangun teknologi, serta menyarankan agar kajian masa hadapan memfokuskan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara beretika bagi memastikan teknologi kekal sebagai pemudah cara yang tidak menghakis nilai kemanusiaan.
Institution: Sultan Idris Education University
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Keywords: continuous assessment, formative assessment, summative assessment, authentic assessment, classroom assessment practices, 21st century education, holistic student development, teacher challenges, cognitive, affective and psychomotor domains, assessment instruments, teacher collaboration, artificial intelligence in education, ethical use of AI
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7217315919
