Work

Hubungan Antara Kepimpinan Transformasional Dengan Keberkesanan Sekolah Di Sekolah-sekolah Ts25 Daerah Gua Musang Kelantan

Year: 2024
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap keberkesanan sekolah di sekolah TS25 dalam Daerah Gua Musang, Kelantan. Selain itu, kajian ini juga berusaha untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah terlibat, iaitu kepimpinan transformasional dan keberkesanan sekolah. Rekabentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan rentasan ini melibatkan dua jenis instrumen yang terlibat, iaitu instrumen kepimpinan Transformasional oleh Leithwood dan Jantzi (1999) dan instrumen keberkesanan sekolah yang diadaptasi dari kajian Lazaridou dan Iordanidis (2011. Persampelan kajian melibatkan empat buah sekolah menengah TS25 dengan seramai 162 orang responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap keberkesanan sekolah berada pada tahap tinggi, masing-masing dengan nilai (M = 4.17, SP = .604) dan (M = 4.19, SP = .613). Manakala analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya hubungan yang sangat kuat dan ianya signifikan (r=.89, p
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7217473005
FWCI:
Cites: 29
Cited by:
Related to: 10