Hubungan Antara Motivasi Penyertaan Sukan Dan Prestasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Year: 2023
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Bersukan atau melibatkan diri dengan aktiviti fizikal amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental serta menjadi penting dalam kalangan masyarakat. Bersukan mampu menyuntik motivasi seseorang sebagai salah satu gaya hidup sihat yang bebas daripada penyakit kronik dan masalah obesiti. Penglibatan pelajar dalam sukan bukan hanya sebagai profesional namun satu kepentingan yang besar untuk pendidikan dan kesihatan. Namun, dapatan daripada kajian lepas mendapati bahawa prestasi kokurikulum pelajar berada pada tahap rendah secara keseluruhannya sehingga memberi kesan terhadap pencapaian akademik dan tahap kecergasan pelajar berada pada tahap sederhana. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara motivasi penyertaan sukan dan prestasi akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Borang soal selidik kajian diedarkan dalam bentuk dwibahasa secara dalam talian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Sport Participation Motivation (PMQ) dan Academic Performance Scale (APS) melalui pendekatan student involvement theory. Seramai 373 orang responden dipilih menggunakan persampelan secara rawak mudah yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah Kota Tinggi, Johor. Dapatan kajian menyatakan skor min paling tinggi dalam motivasi penyertaan sukan adalah keseronokkan dengan (M = 4.44, SP = .78) dan skor min paling rendah adalah pencapaian dengan nilai (M = 4.03, SP = .70). Seterusnya, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan motivasi penyertaan sukan dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan jantina iaitu (U = 13214.000, p =
Source: Jurnal Penyeidikan Sains Sosial
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7217593580
