Motivasi Intrinsik Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat Yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah
Year: 2024
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi intrinsik dan konstruknya, di samping mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan min motivasi intrinsik berdasarkan jantina, lokasi sekolah, aras pencapaian dan pengkhususan. Kajian ini melibatkan seramai 521 orang murid Tingkatan Empat sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik Instrinsic Motivation Inventory yang telah diadaptasi merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap motivasi intrinsik dan konstruknya berada pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min motivasi intrinsik berdasarkan jantina dan aras pencapaian, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan min motivasi intrinsik berdasarkan lokasi sekolah dan pengkhususan. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa guru sejarah perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap motivasi intrinsik melalui pelaksanaan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejarah yang menarik di dalam kelas.
Author: M. Kaviza
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Subfield: Developmental and Educational Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7217679643
