Work

Meningkatkan Kemahiran Asas Matematik Melalui Pendekatan Gamifikasi Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (mbpk) Di Kelas Insklusif: [enhancing Basic Mathematics Skills Through a Gamification Approach Among Students With Special Educational Needs (sen) in Inclusive Classrooms]

Year: 2026
Type: article
Study design: Clinical Trial
Abstract: Abstrak: Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan gamifikasi melalui aplikasi MATH.Q dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi asas Matematik dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di kelas inklusif Tahun 2. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan tujuh orang MBPK sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan merangkumi ujian pra dan ujian pasca, soal selidik motivasi serta temu bual separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian Wilcoxon Signed-Rank, manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan gamifikasi MATH.Q berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran asas Matematik, khususnya dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, tahap motivasi dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran turut meningkat secara signifikan. Kajian ini turut mendapati bahawa aplikasi MATH.Q mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan kejelasan arahan, elemen visual serta interaktiviti yang mesra pengguna. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pendekatan gamifikasi berpotensi sebagai strategi pedagogi yang efektif dalam pendidikan inklusif bagi menyokong pembelajaran yang lebih bermakna dan berpusatkan murid. Abstract: This study aims to evaluate the effectiveness of a gamification approach through the MATH.Q application in enhancing basic mathematics operational skills among students with special educational needs (SEN) in Year 2 inclusive classrooms. A mixed-method approach with a quasi-experimental design was employed, involving seven SEN students as the study sample. Research instruments included pre-test and post-test assessments, motivation questionnaires, and semi-structured interviews. Quantitative data were analyzed using descriptive statistics and the Wilcoxon Signed-Rank test, while qualitative data were analyzed thematically. The findings indicate that the implementation of the MATH.Q gamification approach significantly improved students’ mastery of basic mathematical operations, particularly addition, subtraction, multiplication, and division. Additionally, students’ motivation and engagement in teaching and learning activities showed notable improvement. The study also revealed that the MATH.Q application has high usability, supported by clear instructions, visual elements, and interactive features. The findings suggest that gamification has strong potential as an effective pedagogical strategy in inclusive education to promote meaningful and student-centered learning.
Language: English
Field: Psychology
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7219943961
FWCI:
Cites: 20
Cited by:
Related to: 10