Penerimaan Pembelajaran Mudah Alih (m-learning) Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Luar Bandar [acceptance of Mobile Learning (m-learning) Among Rural Secondary School Teachers]
Year: 2025
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Abstrak: Pembelajaran mudah alih (m-learning) semakin penting dalam landskap pendidikan digital abad ke-21 kerana potensinya untuk meningkatkan interaktiviti dan fleksibiliti dalam pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pembelajaran mudah alih terhadap umur dan jantina dalam kalangan guru sekolah menengah luar bandar. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan tinjauan kuantitatif dan melibatkan seramai 133 orang guru sekolah menengah luar bandar di Perak Tengah. Data dikumpulkan melalui soal selidik dalam talian dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan pembelajaran mudah alih dalam kalangan guru sekolah menengah luar bandar adalah tinggi. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penerimaan pembelajaran mudah alih dalam pengajaran dalam kalangan guru menengah luar bandar dengan umur dan jantina. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor jantina dan umur guru memainkan peranan dalam penerimaan pembelajaran mudah alih di sekolah luar bandar. Kajian ini mencadangkan agar gaya pembelajaran guru yang berkaitan dengan umur dan jantina diambil kira dalam pembangunan dan pelaksanaan latihan profesional perguruan berkaitan pembelajaran mudah alih terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kejayaan pendidikan digital yang lebih pantas, berkesan dan inklusif di seluruh negara. Abstract: Mobile learning (m-learning) is becoming increasingly important in the 21st-century digital education landscape due to its potential to enhance interactivity and flexibility in teaching. This study aims to identify the level of acceptance of mobile learning based on age and gender among secondary school teachers in rural areas. The study employed a quantitative survey research design and involved 133 secondary school teachers in rural areas of Perak Tengah. Data were collected through an online questionnaire and analyzed using descriptive and inferential statistics. The findings revealed that the level of acceptance of mobile learning among secondary school teachers in rural areas was high. Additionally, the results showed significant differences in the acceptance of mobile learning in teaching based on teachers’ age and gender. This study indicates that teachers’ gender and age play a role in the acceptance of mobile learning in rural schools. The study recommends that teachers’ learning styles, related to age and gender, should be considered in the development and implementation of professional training programs on mobile learning, particularly in rural areas, to ensure a faster, more effective and inclusive digital education strategies throughout the country.
Authors: Nasrudin , Nor Azizi, Abdul Karim, Aidah
Institution: National University of Malaysia
Language: English
Topic: Mobile Learning in Education
Subfield: Information Systems
Field: Computer Science
Domain: Physical Sciences
Keywords: mobile learning, teacher acceptance, age differences, gender differences, digital education, teacher professional development, Perak Tengah, inclusive education, digital competence of teachers, teacher self-efficacy, teacher motivation, teacher identity, teacher professional responsibility, teacher professional accountability
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7220115758
