Kajian Pencapaian Objektif Pendidikan Program (Peo) Berdasarkan Kurikulum 2014 Bagi Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza)
Year: 2025
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Objektif Pendidikan Program (PEO) merupakan sasaran khusus program yang dirangka selaras dengan misi dan visi serta aspirasi institusi pengajian. Ia merangkumi pencapaian yang dijangka akan dimiliki oleh graduan dalam kerjaya dan kehidupan profesional mereka selepas tamat pengajian. PEO yang berkesan harus bersifat spesifik, boleh dicapai, boleh diukur, berorientasikan hasil dan terikat kepada jangka masa tertentu. Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik adalah antara salah satu program kejuruteraan yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di PSMZA. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik jenis tertutup (dichotomous) digunakan bagi menilai pencapaian PEO yang berkaitan dengan kerjaya, etika profesional, keusahawanan berasaskan pengetahuan kejuruteraan dan pembangunan kerjaya. Kajian ini bertujuan mengenalpasti graduan TVET yang seimbang dan merangkumi kesemua PEO utama. Kajian telah dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan dibuka untuk maklum balas pada awal tahun 2024. Seramai 140 graduan daripada kohort 2018 hingga 2021 telah memberikan maklum balas terhadap soal selidik ini.
Source: i-MaTRiX Conference Proceedings
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7220191806
