Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran & Pemudahcaraan (pdpc) Pendidikan Islam: Analisis Pengaruh Sekolah Terhadap Kesediaan Guru: [adapting Artificial Intelligence (ai) in Islamic Education Teaching & Learning (t&l): Analysis on School’s Influence Towards Teacher Readiness]
Year: 2026
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh sekolah terhadap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam mengadaptasi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif dengan melibatkan 127 orang responden yang terdiri daripada guru yang terlibat dalam PdPc Pendidikan Islam. Soal selidik yang diukur menggunakan skala Likert lima mata meneliti empat konstruk utama, iaitu Kepimpinan dan Polisi Sekolah; Sokongan Profesional; Akses dan Keupayaan Infrastruktur; serta Sokongan Teknikal dan Dokumentasi. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan purata min konstruk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk Kepimpinan dan Polisi Sekolah mencatatkan purata min tertinggi, iaitu 3.99 pada tahap tinggi, diikuti Sokongan Profesional dengan purata min 3.55 pada tahap tinggi. Sementara itu, Akses dan Keupayaan Infrastruktur mencatatkan purata min 3.08 dan Sokongan Teknikal dan Dokumentasi mencatatkan purata min 3.26, kedua-duanya pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan bahawa faktor *berkaitan kepimpinan, polisi dan sokongan profesional telah menyumbang secara positif terhadap kesediaan guru, manakala faktor berkaitan infrastruktur, dokumentasi dan sokongan teknikal masih memerlukan penambahbaikan. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengadaptasian AI dalam PdPc Pendidikan Islam perlu disokong oleh ekosistem sekolah yang menyeluruh, merangkumi kepimpinan digital, latihan profesional, infrastruktur yang mencukupi, sokongan teknikal sistematik serta garis panduan penggunaan AI yang selari dengan nilai dan adab Islam. Abstract: This study aims to analyse the influence of schools on Islamic Education teachers’ readiness to adapt artificial intelligence in T&L. This study uses a quantitative approach using a descriptive survey design involving 127 respondents consisting of teachers involved in Islamic Education T&L. The questionnaire, measured using a five-point Likert scale, examined four main constructs, namely School Leadership and Policy; Professional Support; Access and Infrastructure Capability; and Technical Support and Documentation. The survey’s responses were analysed using frequency, percentage, mean, standard deviation and construct mean scores. Findings show that the School Leadership and Policy recorded the highest mean score of 3.99 at a high level, followed by Professional Support with a mean score of 3.55 at a high level. Meanwhile, Access and Infrastructure Capability recorded a mean score of 3.08 and Technical Support and Documentation recorded a mean score of 3.26, both interpreted as moderate. These findings indicate that factors related to leadership, policy and professional support have contributed positively to teachers’ readiness, while factors related to infrastructure, documentation and technical support requires more improvement. This study concludes that the adaptation of AI in Islamic Education T&L needs to be supported by a comprehensive school ecosystem, encompassing digital leadership, professional training, adequate infrastructure, systematic technical support and AI usage guidelines that are aligned with Islamic values and etiquette.
Institution: National University of Malaysia
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7220286678
