The Relationship between Conflict Handling Styles and Organizational Commitment at Eversafe Extinguisher Sdn. Bhd.: Hubungan di antara Gaya Pengendalian Konflik dengan Komitmen Organisasi di Eversafe Extinguisher Sdn. Bhd.
Year: 2019
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: The research was carried out to assess the conflict handling styles among employees at Eversafe Extinguisher Sdn. Bhd, Subang Jaya. The main objective of this study was to identify the mostly common used conflict-handling and its relationship on organizational commitment. This study involved among the employees at Eversafe. Data was analyzed using the Statistics Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 22.0. A descriptive and inferential statistics were used in order to assess the conflict handling styles used in the organization. The finding reveals the highest mean score is the integrating style (mean=3.80), followed by compromising style (mean=3.61), obliging style (mean=3.53), and dominating style (mean=3.19) which are moderately practised. The lowest style is avoiding (2.74). In addition, the findings indicated that obliging style and compromising style have positive significant relationship with organizational commitment (p<0.05). The results established that employees are more committed towards the organization by using the obliging and compromising style in resolving conflict. The study suggests that choosing the right style in handling conflict is important in order to maintain the management smooth running of the organization. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya pengendalian konflik di kalangan pekerja di Eversafe Extinguisher Sdn. Bhd, Subang Jaya. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pengendalian konflik yang lazim digunakan dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Kajian ini melibatkan para pekerja di Eversafe. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi Windows 22.0. Statistik deskriptif dan analisis inferensi digunakan untuk mengukur gaya pengendalian konflik yang digunakan dalam organisasi. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi adalah gaya integratif (min = 3.80), diikuti dengan gaya berkompromi (min = 3.61), gaya menyesuai (min = 3.53) dan gaya menguasai (min = 3.19) pada tahap yang sederhana diamalkan manakala tahap terendah adalah gaya mengelak (min=2.74). Di samping itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya menyesuai dan gaya berkompromi dalam pengendalian konflik dengan komitmen organisasi (p <0.05). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pekerja akan lebih komited terhadap organisasi dengan menggunakan gaya menyesuai dan secara berkompromi dalam menyelesaikan konflik. Kajian ini mencadangkan penggunaan kaedah gaya menangani konflik secara betul adalah penting bagi mengekalkan kelancaran pengurusan dalam organisasi.
Institution: Selangor Islamic University
Language: English
Domain: Social Sciences
Keywords: conflict management styles, organizational commitment, compromising style, obliging style, dominating style, avoiding style, workplace conflict, organizational behavior management, human resource management, employee retention, employee motivation, employee performance, job satisfaction, employee recognition
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7220560724
