Penghasilan dan pencirian butiran hidrogel madu kelulut melalui teknik sferifikasi berbalik
Year: 2022
Type: dissertation
Abstract: Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan butiran hidrogel daripada madu kelulut melalui teknik sferifikasi berbalik. Objektif bagi kajian ini adalah menentukan formulasi yang terbaik bagi butiran hidrogel yang dihasilkan melalui teknik sferifikasi berbalik dan mencirikan butiran hidrogel yang dihasilkan. Kajian ini telah menggunakan kepekatan natrium alginat (0. 75, 1.0 dan 1.25%, w/v) dan kalsium klorida yang berbeza 2% (w/v) dan 3% (w/v). Dalam kajian ini, pencirian butiran hidrogel seperti analisis saiz, analisis ketebalan membran, analisis warna dan analisis tekstur telah dijalankan. Butiran hidrogel daripada madu kelulut melalui teknik sferifikasi berbalik adalah berbentuk dalam tadpolelike shape dan berwarna dalam kuning coklat. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap saiz (ketinggian), tekstur (kelekitan) dan analisis warna (nilai kekuningan) dengan peningkatan kepekatan kalsium klorida dan natrium alginat (p>0.05). Kepekatan natrium alginat mempunyai impak terhadap saiz (kepanjangan), tekstur (kekerasan dan keanjalan) dan analisis warna (nilai keterangan dan kemerahan) tetapi kurang dipengaruhi oleh kepekatan kalsium klorida yang berbeza. Ketebalan membran dan tekstur (daya pecah) dipengaruhi oleh kepekatan natrium alginat dan kalsium klorida secara signifikan (p<0.05). Bagi ujian sensori, F3 dengan 1.0% (w/v) dan 2% (w/v) telah mencatatkan telah mencatatkan nilai min skor yang tinggi bagi atribut penampilan, kesan pecah, kepahitan, kamasinan, tekstur dan juga penerimaan keseluruhan. Tambahan pula, butiran hidrogel yang dihasilkan daripada F3 mencatatkan tempat kedua tinggi bagi atribut kemasaman. Oleh itu, F3 telah dipilih sebagai formulasi yang terbaik antara enam formulasi yang dikaji dalam kajian ini. Secara kesimpulan, formulasi yang terdiri daripada kepekatan natrium alginat yang lebih tinggi tetapi kepekatan kalsium klorida yang rendah adalah lebih digemari oleh ahli panel.
Author: Wong Min Yee
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Malay
Subfield: Biomaterials
Field: Materials Science
Domain: Physical Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7222855749
