Pembangunan Model Kompetensi Pemimpin Program Pendidikan Luar berasaskan Penilaian Pakar sebagai Asas Pembinaan Instrumen Penilaian Pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Year: 2026
Type: article
Abstract: Kepimpinan yang berkesan merupakan elemen penting dalam menjamin kualiti pelaksanaan program Pendidikan Luar, khususnya dalam konteks latihan guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Walaupun program Pendidikan Luar telah lama dilaksanakan, penilaian terhadap kompetensi pemimpin program masih belum disokong oleh satu model kompetensi yang jelas dan kontekstual sebagai asas pembinaan instrumen penilaian pelajar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membangunkan satu model kompetensi pemimpin program Pendidikan Luar serta menilai kesesuaian kandungan model tersebut melalui penilaian pakar bidang dan pakar bahasa. Kajian ini menggunakan pendekatan pembangunan model dengan melibatkan tiga orang pakar bidang Pendidikan Luar dan seorang pakar bahasa. Instrumen kajian ialah borang semakan pakar kandungan berasaskan skala Likert lima mata yang menilai keselarasan konstruk, kerelevanan item serta ketepatan skala dan kesesuaian konteks Pendidikan Luar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan konstruk dan item model berada pada tahap sesuai hingga sangat sesuai, dengan beberapa cadangan penambahbaikan melibatkan penggabungan item yang bertindih serta pengukuhan aspek falsafah dan pengurusan risiko. Model kompetensi yang dibangunkan ini dicadangkan sebagai asas konseptual kepada pembinaan instrumen penilaian pelajar bagi menilai kompetensi pemimpin program Pendidikan Luar di IPGM. Kajian lanjutan disarankan untuk mengesahkan instrumen secara empirikal menggunakan kaedah kuantitatif yang lebih menyeluruh.
Institution: Sultan Idris Education University
Language: Indonesian
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7225104666
