Year: 2022
Type: dissertation
Study design: Observational Study
Abstract: Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara sekuriti makanan dan status pemakanan dalam kalangan orang dewasa di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian dijalankan ke atas 348 orang dewasa yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun dan tinggal di sekitar Kawasan Kota Kinabalu (Sepanggar, Menggatal, Inanam, Likas, Luyang, Kepayan dan Tanjung Aru). Sebanyak 348 borak soal selidik telah diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan data bagi tujuan kajian penyelidikan. Maklumat yang diambil adalah mengenai ciri demografi, soalan-soalan Malaysian Coping Strategy Instrument (MCSI), maklumat antopometri (berat dan tinggi) dan borang 'Ingatan Diet-24 Jam'. Dapatan menununjukkan bahawa ciri demografi mempungaruhi status sekuriti makanan seseorang. orang dewasa yang berpendapatan rendah lebih terdedah kepada risiko ketidakjaminan makanan dan mempunyai diet pemakanan yang berkualiti rendah. Tabiat makanan yang teruk seperti melewatkan sarapan dan bergantung kepada makanan segera yang murah kerana kekangan kewangan, telah meningkatkan risiko ketidakjaminan makanan dan seterusnya mempengaruhi status kesihatan dan pemakanan mereka (Sulaiman et al., 2021). Ia membuktikan bahawa sekuriti makanan akan mempengaruhi status pemakanan seseorang itu, dimana jika mereka mempunyai kecukupan makanan yang sihat dan seimbang, maka mereka mempunyai status pemakanan yang lebih baik.
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Malay
Field: Medicine
Domain: Health Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7225945382
