Analisis Keperluan Pembangunan Modul Ei-smart K-fiqh Untuk Pelajar Tvet: Satu Kajian Rintis
Year: 2026
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini bertujuan menganalisis keperluan pembangunan Modul eI-Smart K-Fiqh bagi menyokong pembelajaran Kaedah Fiqh dalam kursus Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (STKI) dalam kalangan pelajar TVET politeknik. Kajian rintis ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dalam Fasa 1 kerangka Design and Development Research (DDR), iaitu fasa analisis keperluan. Seramai 41 orang pelajar Politeknik Ungku Omar yang telah mengikuti kursus STKI dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berskala Likert lima mata yang telah melalui kesahan muka dan kesahan kandungan oleh tiga orang pakar. Instrumen menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach’s alpha .91. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan bahawa Kaedah Fiqh merupakan topik paling mencabar, dengan 46.3% pelajar menilainya sebagai sukar dan 14.6% sebagai sangat sukar. Kajian turut mengenal pasti jurang pembelajaran dari aspek aplikasi dalam situasi teknikal autentik, penglibatan aktif, bimbingan sistematik dan penggunaan teknologi. Majoriti pelajar juga menyatakan keperluan terhadap modul digital yang interaktif, kontekstual, berasaskan inkuiri, menyediakan ruang perbincangan, maklum balas segera dan akses kepada sumber rujukan sahih. Kesimpulannya, pembangunan Modul eI-Smart K-Fiqh adalah relevan sebagai intervensi pedagogi Pendidikan Islam yang mengintegrasikan prinsip Kaedah Fiqh dengan konteks TVET secara lebih akademik, autentik dan berasaskan nilai.
Institutions: Universiti Teknologi MARA System, Universiti Teknologi MARA
Language: Indonesian
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W7240054471
