Work

Kesan penggunaan sumber sejarah digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah

Year: 2014
Type: conference-paper
Abstract: Kajian eksperimental ini bertujuan untuk meninjau kesan penggunaan sumber sejarah digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah murid Tingkatan Empat.Aspek yang telah dikaji ialah perbezaan kemahiran pemikiran sejarah murid yang menggunakan sumber sejarah digital secara terbimbing dengan murid yang menggunakan sumber sejarah digital secara bebas dan Portal EBuku Teks.Kajian ini memfokuskan kepada tiga jenis kemahiran pemikiran sejarah iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasi.Sampel kajian terdiri daripada 104 orang murid yang dipilih secara rawak dari tiga buah sekolah menengah di utara Malaysia (Kumpulan eksperimen 1 n=33, kumpulan eksperimen 2 n=34, kumpulan kawalan n=37). Kumpulan eksperimen 1 menggunakan sumber sejarah digital secara terbimbing manakala kumpulan eksperimen 2 menggunakan sumber sejarah digital secara bebas dan kumpulan kawalan menggunakan sumber E-Buku Teks.Ujian Pencapaian Sejarah dan protokol temu bual telah digunakan sebagai instrumen kajian.Data kuantitatif dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan Ujian ANOVA Satu Hala.Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kemahiran memahami kronologi antara ketiga-tiga kumpulan.Walau bagaimanapun terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasi bagi murid yang menggunakan sumber sejarah digital secara terbimbing berbanding dengan murid yang menggunakan sumber sejarah digitalsecara bebas dan sumberE-Buku Teks.Kajian ini juga telah meninjau persepsi serta cabaran yang dihadapi oleh murid dalam menggunakansumber sejarah digital.Hasil temu bual mendapati bahawa murid secara keseluruhannya menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan sumber sejarah digital sungguh pun dibatasi oleh pelbagai cabaran.
Authors: Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa, Siti Hawa Abdullah
Language: Indonesian
Subfield: Education
Open Access status: green
OpenAlex ID: W789339650
FWCI: 1.476
Cites: 31
Cited by: 9
Related to: 10