Year: 2011
Type: dissertation
Abstract: ‘Bahasa filem’ merupakan elemen-elemen teknikal yang diolah oleh pengarah bersama dengan tenaga produksi yang lain bagi membentuk cerita dan mood sesebuah filem. Di antara genre filem yang berlainan, filem seram bergantung kepada ‘bahasa filem’ yang bukan sahaja efektif tetapi dapat mencapai tahap keseraman yang diingini. Aplikasi ‘bahasa filem’ pada sesebuah filem boleh menentukan kejayaan filem itu kerana ia harus mampu menimbulkan perasaan seram dan takut kepada penonton. Kajian ini menumpu pada teknik ‘bahasa filem’ yang digunakan oleh pengarah dan tenaga produksi dan sebanyak empat buah filem seram telah dipilih iaitu Jangan pandang belakang (2007), Congkak (2008), Susuk (2008) dan Pontianak Harum Sundal Malam (2004). Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis kandungan terhadap empat buah filem seram terpilih bagi mengkaji ‘bahasa filem’ dalam memberi keseraman filem seram tersebut. Kajian ini mendapati ‘bahasa filem’ merupakan aspek yang penting dalam memberikan keseraman melalui teknik-teknik yang digunakan oleh pengarah. Penyelidikan ini diharapkan mampu menghuraikan teknik ‘bahasa filem’ yang digunapakai oleh pengarah dan tenaga produksi filem seram untuk menimbulkan sekaligus meningkatkan perasaan seram dan takut penonton. Penyelidikan ini juga bertujuan dijadikan rujukan bagi meningkatkan lagi kualiti filem-filem seram tempatan di masa akan datang.
Author: Addley Bromeo Bianus
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Malay
Topic: Cinema History and Criticism
Subfield: Visual Arts and Performing Arts
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Keywords: film language, horror film, film production
Open Access status: green
OpenAlex ID: W971629272
