Work

ENTERTAINMENT IN MUSLIM MEDIA: UNSETTLED PROBLEM (Hiburan dalam Media Muslim: Masalah Tiada Berpenghujung)

Year: 2009
Type: paratext
Abstract: Artikel ini akan membincangkan persoalan ‘masalah yang tidak selesai’ berkaitan perbincangan hiburan dalam media Islam. Status dan kedudukan hukum tentang muzik, nyanyian, tarian, teater, filem dan lain-lain keseronokan estatika selalunya wujud kekeliruan dalam minda khalayak Muslim disebabkan oleh perbezaan hujah yang dikemukakan oleh sarjana Muslim khususnya dalam bidang Fekah. Hujah mereka tentang halal dan haram hiburan dalam Islam, sikap orang-orang Islam terhadap hiburan dan eksperimen ke arah melaksanakan ‘hiburan Islam’, di Malaysia dan Iran, akan dibincangkan dalam artikel ini. Kekurangan dari segi usaha membangunkan hiburan Islam dan ketidakupayaan untuk memberi alternatif Islam kepada bidang keseronokan estatika adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh komuniti Islam dalam era globalisasi kini.
Author: Zulkiple Abd. Ghani
Language: Indonesian
Open Access status: bronze
OpenAlex ID: W4252438959
Cites: 4
Cited by: 15
Related to: 10