Hubungan antara kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Zon Merotai, Tawau
Year: 2013
Type: dissertation
Study design: Observational Study
Abstract: Kerja rumah ialah suatu komponen penting di dalam aktiviti pembelajaran yang sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di Malaysia. Guru memainkan peranan untuk menyediakan kerja rumah kepada pelajar, dan pelajar diwajibkan untuk menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan. Walaupun terdapat banyak isu yang diperdebatkan mengenai bebanan berhubung dengan kerja rumah yang diberikan kepada pelajar, namun kerja rumah terus menjadi satu perkara yang wajib dilaksanakan kerana terbukti bahawa kerja rumah menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun 6 di zon Merotai, di daerah Tawau. Sampel kajian terdiri 140 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah rendah di zon Merotai, daerah Tawau. Kajian dijalankan berpandukan kaedah tinjauan soal selidik. Semua data diproses dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Sciences 20.0 for Windows {SPSS Vef.S"ion 20.0 for K1ndow.s-}. Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian: deskriptif (melibatkan kekerapan dan peratus) dan inferensi (melibatkan Pearson Correlation). Daripada data yang diperoleh, penyelidik mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa dan jenis kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru semasa kerja rumah diberikan dengan pencapaian pelajar. Namun, kesemua hubungan yang wujud adalah pada tahap yang lemah. Beberapa implikasi dan cadangan tentang kajian dibincangkan pada akhir kajian ini.
Author: Mohammad Said
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Indonesian
Subfield: Language and Linguistics
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2805565352
