Work

Pengekstrakan dan Penulenan Torium Oksida (ThO2) daripada Mineral Monazit

Year: 2018
Type: article
Abstract: Monazit merupakan mineral fosfat yang mengandungi unsur nadir bumi, torium dan uranium dalam kepekatan tertentu.Kepekatan torium dalam monazit di Malaysia dilaporkan sekitar 2,525.0-40,868 ppm dan berpotensi digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan reaktor nuklear torium.Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji proses pengekstrakan dan penulenan torium oksida (ThO 2 ) daripada monazit tempatan.Proses pengekstrakan dan penulenan ThO 2 dibahagikan kepada empat peringkat iaitu proses penghadaman, pengasingan, pengekstrakan pelarut dan pengkalsinan.Pencirian sampel telah dilakukan melalui analisis spektrometri jisim gandingan plasma teraruh (ICP-MS), analisis termogravimetri (TGA), pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskopi pengimbas elektron dengan spektroskopi serakan tenaga sinar-X (SEM-EDS).Proses penghadaman telah menghasilkan larutan larut lesap monazit ((Th,REE,U) (SO 4 ) 2 ) yang mengandungi sehingga 99.77 ± 7.84 mg torium.Unsur nadir bumi (La, Ce, Nd, Pr, Sm, Eu dan Gd) telah diasingkan daripada torium pada peratusan 96.73%.Manakala larutan Th(NO 3 ) 4 dan ThO 2 yang dihasilkan masing-masing berketulenan 97.10 ± 0.74% dan 98.85 ± 0.69%.Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa pengekstrakan dan penulenan ThO 2 daripada monazit tempatan boleh dilakukan melalui proses pengekstrakan berperingkat.
Language: Malay
Field: Chemistry
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2892004994
FWCI: 0.998
Cites: 29
Cited by: 17
Related to: 10