Complicated Ruptured Mycotic Intracerebral Emboli from Infective Endocarditis Presenting Like Meningoencephalitis
Year: 2019
Type: article
Study design: Case Report
Abstract: untuk mendiagnosa penyakit ini merupakan satu cabaran buat doktor di Jabatan Kecemasan.Ini adalah kerana spektrum dan manifestasi penyakit ini yang begitu luas dan tidak spesifik.Ia boleh berlaku secara akut tetapi tanpa tanda-tanda imunologi salur darah yang klasikal atau secara kronik dengan tanda-tanda yang tidak spesifik dan boleh menyerupai manifestasi penyakit lain.Tanda-tanda penyakit ini juga boleh disebabkan oleh embolisasi sistemik, satu komplikasi yang serius terutama sekali jika terjadi di salur darah otak.Aneurisma mikosis otak merupakan komplikasi yang paling digeruni dan boleh disalah diagnosa sebagai jangkitan otak primer seperti keradangan otak dan meninges.Kami ingin melaporkan satu kes sistemik embolisasi dari jangkitan endokarditis di mana pesakit mengalami tanda-tanda neurologi disebabkan oleh aneurisma mikosis otak.Pesakit ini mengalami demam yang berpanjangan, sakit kepala dan defisit neurologi fokal di mana di peringkat awal telah disalah diagnosa sebagai keradangan otak dan meninges.Pesakit yang mempunyai tanda-tanda sebegini perlu disiasat dengan lebih teliti terutama di peringkat jabatan kecemasan.Ini bagi membolehkan diagnosa yang tepat diperolehi dan
Source: Medicine & health
Author: Afliza Abu Bakar
Language: English
Subfield: Cardiology and Cardiovascular Medicine
Field: Medicine
Domain: Health Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2954875489
