Year: 2019
Type: article
Abstract: Tujuan utama artikel ini adalah untuk memberi gambaran cabaran-cabaran yang dialami oleh ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik kanak-kanak dengan Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD). Secara umum, ASD ialah gangguan pada otak yang menyebabkan kecelaruan perkembangan neuro kepada seseorang dalam jangka masa panjang. Sesetengah ibu bapa mengalami kemurungan sehingga berlaku kerapuhan unit keluarga kesan daripada tekanan dan bebanan yang dialami secara berterusan. Justeru, tinjauan literatur ini dijalankan adalah untuk membincangkan tekanan ibu bapa kepada kanak-kanak ASD dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam konteks negara Malaysia melalui sokongan tesis, jurnal berkaitan, buku dan dokumen lain seperti majalah ilmiah dan akhbar. Diharapkan melalui artikel ini, masyarakat memahami, menyedari dan mengubah persepsi naif terhadap kanak-kanak ASD dan keluarganya kerana ibu bapa kepada kanak-kanak ini tidak meminta anak mereka dilahirkan sedemikian.
Source: Jurnal Sains Sosial
Institutions: Sultan Idris Education University, Universiti Islam Melaka
Language: Indonesian
Subfield: Clinical Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W2981007369
