Work

Pembangunan negara: Menelusuri peribahasa dalam membina kearifan lokal

Year: 2010
Type: book-chapter
Abstract: Peribahasa yang merangkumi bidalan, pepatah dan pantun Melayu merupakan tinggalan yang masih hidup subur dalam alam Melayu. Ianya merupakan cermin Dunia Melayu dalam mengungkapkan pemikiran saintifik dan empirik dalam bidang seni dan budaya. Perumpamaan, bidalan dan pantun merupakan daftar pustaka penulisan pemikiran Melayu. Sesetengahnya mempunyai nilai yang secara saintifiknya telah dibuktikan dan diterimapakai dalam pembangunan masyarakat, misalnya, peribahasa “bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat” ternyata boleh digunakan dalam pembangunan manusia dan sosial. Kertas ini akan mengupas peri pentingnya dasar pembangunan Malaysia yang berteraskan budaya Melayu-Islam yang telah dilaksanakan sejak lama dahulu sebelum penjajahan, ternyata boleh mengharmoni rakyat pelbagai bangsa semasa kesultanan Melayu Melaka. Sudah sampai masanya para pemikir pembangunan melihat ‘within” mencari identiti, kekayaan diri, masyarakat dan bangsanya agar menjadi Malaysia, sebuah Negara yang disegani.
Language: Indonesian
Open Access status: green
OpenAlex ID: W43007628
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10