Work

Kesan Pandemik Covid-19 Ke Atas Kesejahteraan Sosial Penduduk Ppr Di Kuala Lumpur

Year: 2023
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Abstrak: Pandemik COVID-19 adalah satu fenomena baru yang tidak dijangka sehingga mengubah kesemua aspek kehidupan manusia ke norma baharu. Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada kelompok B40 dijangka mengalami kesukaran kehidupan seiring dengan gelombang perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan berulang kali. Seramai 1200 penduduk PPR telah menyertai satu kajian tinjaun mengenai kesejahteraan sosial. Sebanyak sembilan soalan digunakan untuk meneroka tahap kesejahteraan sosial dan kesemua soalan tersebut adalah diadaptasikan daripada dua set soal-selidik terpiawai iaitu The Satisfaction with Life Scale (SWLS) oleh Diener et al (1985) dan Perceived Stress Scale oleh Cohen (1994). Ujian t berpasangan telah dilakukan untuk membuat perbandingan min bagi sembilan soalan tersebut untuk situasi sebelum dan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP). Umumnya, kesejahteraan sosial penduduk PPR telah merosot secara signifikan. Antara kemerosotan ketara yang dikenalpasti adalah keadaan kehidupan, kepuasan tentang kehidupan dan rancangan kehidupan. Namun, analisis frekuensi menunjukkan bilangan penduduk yang menganggap gaya hidup mereka menghampiri idaman masing-masing adalah sangat sedikit tidak kira waktu sebelum PKP mahupun selepas PKP. Walaupun kesejahteraan sosial penduduk PPR merosot secara signifikan selepas PKP, gaya hidup mereka sebenarnya tidak berubah secara drastik. Penemuan ini turut disokong dalam 4 sesi temubual kumpulan berfokus yang dijalankan bersama 24 pengerusi atau wakil persatuan penduduk. Tema “Biasa hidup susah” yang dihasilkan daripada temubual tersebut memberi satu gambaran bahawa sebarang usaha untuk membantu penduduk PPR perlu mengambil kira keunikan daya tahan mereka yang sudah biasa menjalani kehidupan yang susah.
Language: Indonesian
Field: Psychology
Open Access status: bronze
OpenAlex ID: W4375868394
FWCI: 0.22
Cites: 7
Cited by: 1
Related to: 10