Penggunaan Laman Web dan Aplikasi Hadis dalam Kalangan Pensyarah Hadis di Universiti Islam Selangor
Year: 2023
Type: article
Abstract: Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran adalah sangat penting seiring dengan perkembangan dunia pendidikan moden masa kini. Pengintegrasian penggunaan media teknologi juga menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan produktif. Jesteru kajian ini akan melihat sejauh mana penggunaan web sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas oleh pensyarah hadis di Universiti Islam Selangor (UIS). Kajian menggunakan metode kualitatif secara temubual. Seramai tujuh orang pensyarah hadis Universiti Islam Selangor ditemubual untuk tujuan ini. Walaupun kesemua pensyarah mengetahui nama-nama laman web hadis, namun kajian mendapati masih terdapat pensyarah yang mengekalkan pengajaran secara tradisional tanpa menggunakan langsung web mahu pun aplikasi hadis ketika mengajar. Dapatan ini dilihat berkait rapat dengan tahap kepercayaan mereka terhadap laman web hadis tersebut. Maka, untuk berdepan Revolusi Perindustrian 4.0, keupayaan untuk memanfaatkan dan mengeksploitasi internet diperlukan. Ia boleh dilakukan dengan menambah baik penggunaan teknologi sebagai bantuan pendidikan
Source: HADIS
Author: SURIANI SUDI
Institution: Selangor Islamic University
Language: Indonesian
Subfield: Information Systems
Field: Computer Science
Domain: Physical Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W4390484455
