Work

Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes

Year: 2021
Type: article
Abstract: Cabaran pandemik COVID-19 telah mengubah corak pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu secara bersemuka kepada pengajaran dalam talian. Pelaksanaan pengajaran dalam talian telah menuntut mereka untuk melengkap diri dengan penguasaan teknologi dalam mencapai matlamat pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mewujudkan keterampilan berbahasa murid. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika menghadapi pandemik COVID-19. Oleh itu, kaedah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan. Tiga orang peserta kajian telah dipilih dan ditemu bual secara mendalam bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka telah menumpukan terhadap kaedah pengajaran berasaskan projek dan pengajaran berasaskan masalah bagi mendukung pembelajaran abad ke-21. Aktiviti pengajaran mereka lebih menumpukan kepada murid melakukan pembentangan dan kuiz bagi memastikan murid sebagai pembelajar aktif. Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru-guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PdP secara dalam talian terhadap murid.
Language: Malay
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W4393209873
FWCI: 9.281
Cites: 13
Cited by: 43
Related to: 9